Jumaat, 16 Disember 2011

Pemberitahuan

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)



  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, 
Sukacita dimaklumkan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dicapai mulai 16 Disember 2011 hingga 31 Disember 2011, melalui laman web KPM iaitu www.moe.gov.my ataupun melalui http://sbpa1.jpa.gov.my/opsyenmoe/ atau http://sbpa2.jpa.gov.my/opsyenmoe/.  Untuk memasuki sistem SBPA  Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan hanya perlu memasukkan:- 
                        
                        ID Pengguna: Sila masukkan No Kp anda
                        Katalaluan    : Sila masukkan katalaluan anda sama seperti katalaluan HRMIS 

Sekiranya Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan tidak pernah menggunakan aplikasi HRMIS Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/ Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh menggunakan No. Kp sebagai  menggantikan ID Pengguna dan katalaluan untuk memasuki sistem SBPA. 

2.         Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh mencetak surat tawaran opsyen SBPA setelah maklumat perkhidmatan Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan disahkan oleh pengurus sumber manusia di agensi masing-masing. 

3.         Sebarang pertanyaan mengenai maklumbalas SBPA Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan bolehlah menghubungi talian seperti di bawah:- 

Talian Helpdesk Hotline SBPA
Tel                               : 03-8884 7137/7189/7038
Emel                           :
sbpa@moe.gov.my 
Hotline Teknikal
Pasukan Aplikasi     : 03-8316 4134/4135
Pasukan Server       : 03-8316 4119/4120/4105
Emel Teknikal           :
helpdesk_sbpa@jpa.gov.my                            
 
Sekian dan terima kasih.

Ceriakan Kelas Pemulihan

Di sini saya akan sertakan deko dari beberapa buah sekolah yang dapat anda jadikan contoh atau bantuan apabila anda mahu menceriakan kelas pemulihan anda.

SK Lutong, Sarawak
SK Jalan 3 Bangi
SK Lepar Utara 1, Bandar Jengka
SK Pekan Telipok
SK Kunak Jaya
SK Kayan
SJK(C) Kuo Kuang 2
SK Kelebang Besar Melaka
SK SUNGAI HAJI DORANI
SK SERI MACHAP
SK Bandar Pontian

Khamis, 15 Disember 2011

Berita Harian Online | Beberapa opsyen SPBA dibantah

Berita Harian Online | Beberapa opsyen SPBA dibantah

Nak Sign Atau Tidak?

SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN 

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.


Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.
“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.
Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.
Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.
“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.
“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.
Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.
Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.
Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”
“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.
Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.
“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.
Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.
Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.

Deko Kelas Pemulihan

Salam 1 Malaysia
Disini saya sertakan beberapa deko kelas pemulihan khas yang di ambil di beberapa buah sekolah....Ia dipaparkan untuk anda semua supaya anda dapat ilham untuk mencantikkan kelas anda.




SK Kampung Baharu, Sabak Bernam
SK Jalan 3 Bangi
SK Sepri
SK Kunak Jaya, Kunak
SK Seri Melor
SK Pekan 2
SK Likas Kota Kinabalu

 

Rabu, 14 Disember 2011

Berita Harian Online | Tiga pelajar dicekup pecah masuk kereta

Berita Harian Online | Tiga pelajar dicekup pecah masuk kereta

8,000 guru sandaran bimbang tidak dapat gaji bulan ini

8,000 guru sandaran bimbang tidak dapat gaji bulan ini

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Kira-kira 8,000 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) berdepan tindakan tidak mendapat gaji bulan ini jika gagal menandatangani surat akur janji membayar balik lebihan bayaran gaji yang diterima sejak Oktober lalu.
Utusan Malaysia difahamkan masalah lebihan bayaran gaji tersebut berlaku berikutan penukaran status kontrak mereka daripada kontrak perkhidmatan (COS) kepada kontrak untuk perkhidmatan (COF) berkuat kuasa 17 Oktober lalu.
Ekoran itu ada di antara guru terbabit yang diarah membayar balik lebihan gaji berkenaan sehingga lebih RM3,000.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak GSTT, Mohd. Shamil Mohd. Nor berkata, mereka sedia mematuhi sebarang arahan dan keputusan kerajaan.
‘‘Bagaimanapun kami cuma berharap kerajaan dapat menilai semula perkara tersebut untuk keselesaan guru-guru GSTT di seluruh negara.
“Kami hanya tuntut pembelaan kepada gaji kami kerana arahan itu seolah-olah menjadikan kami tidak bergaji pada bulan Disember ini,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merujuk masalah tersebut kepada Pergerakan Pemuda UMNO di sini hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata, pihaknya berharap kerajaan akan mengeluarkan satu garis panduan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
“Saya diberitahu mereka perlu tanda tangan surat akur janji bayaran balik itu esok (15 Disember).
“Bahkan saya difahamkan ada sekolah yang telah sedia untuk menahan gaji-gaji mereka pada bulan Disember (jika tidak menandatangani surat akur janji bayaran balik),’’ katanya.
Bagi mencari penyelesaian, Pemuda UMNO mengemukakan tiga tuntutan kepada kementerian iaitu penangguhan arahan pembayaran, pengecualian terus bayaran semula gaji dan penyelerasan semula gaji.
“Harap bayaran itu dapat dikecualikan kerana mereka berkhidmat secara kontrak dan tanpa caruman,’’ katanya.

sumber : Utusan Malaysia
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm